Thursday, May 9, 2013

SUSU BIOMIL XCEL KELUARAN BUMIPUTERA, HALAL DAN BERKHASIAT


SUSU FORMULA : UNTUK KANAK-KANAK 1 TAHUN KE ATAS



Hj. Ishak Husin, Pengeluar dan Pengasas Biomil Xcel

Biomil Xcel adalah susu tepung penuh krim yang dirumus khas untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Ia mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut kaedah teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling ( EMS ).
                                                                                                                                             
Susu Biomil Xcel telah dipertingkatkan formulanya untuk membantu perkembangan kanak-kanak kerana waktu ini sinapsis sel-sel otak adalah sangat pantas. Rangsangan dan nutrisi secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif. Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikial di samping menguatkan daya imuniti.

Garam Tisu Biokimia membantu pengahadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda.

Rasulullah pernah bersabda :

“Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas di dalam hati sepertimana jejari menyapu peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan kelupaan”


Susu Biomil Xcel Pilihan Bijak :
  1. Membantu penghadaman dan pencernaan
  2. Membina darah, tulang dan gigi
  3. Menguatkan otot dan sendi
  4. Pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat
  5. Membantu perkembangan minda
  6. Mencantikkan akhlak dan budi pekerti si manja


Cara Penyediaan :

Masukkan 4 sudu yang disediakan (30gram) ke dalam bekas. Campurkan 200 ml air suam. Kacau hingga sebati.

Harga 1 tin / 900gm : RM 45.90


Pengedar boleh dapatkan Susu Biomil dari kami. 
Hubungi Realelite Sdn Bhd : 03-4024 4859 / 012 9066432 untuk pesanan & penghantaran Susu Biomil.

Wednesday, December 19, 2012

KEBAIKAN SUSU BIOMIL XCEL

Manfaat Penting untuk Minda Si Manja!

1) Mencerdaskan akal
Dengan kebaikan fosat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak.

Sentuhan antara sinaps (Sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neutral (Neutral pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki.  Satu neuron mungkin mempunyia 1000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang yang cerdik berkeadaan lebih SUBUR.


2) Menguatkan Ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingati membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan tenaga dan daya. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan.

Tetapi berdasarkan analisis, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat, dan Magnesium Fosfat. Rumusan ISTIMEWA ketiga-tiga garamtisu ini terdapat dalam susu BIOMIL Xcel.


3) Menambah Tenaga Mental
Tenaga Mental adalah dalam bentuk tanaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali menerusi tindak balas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia akan terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia.

Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.


4) Membina Akhlak dan Budi Pekerti si Manja
Biomil Xcel dirumus khas dengan pelbagai kelebihan. Antara kelebihan utama adalah dengan kemasukan Tenaga Air Zam Zam dan Tenaga Habbastus Sawda di dalam ramuan susu tepung ini melalui kaedah EMS (klik untuk maklumat lanjut). Dengan ramuan istimewa ini, InsyaAllah, ianya mampu membina akhlak dan budi pekerti si Manja di samping dari usaha kita sendiri untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.


5) Diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa
Susu ini juga turut diformulasikan bersama Surah Al-Jumu`ah dan Surah Al-A`laa bagi memberikan lebih nilai tambah kepada perkembangan rohani anak-anak anda.


6)Formula Istimewa Untuk Perkembangan Kanak-kanak :

DHA
Membantu merangsang pertumbuhan otak yang cergas serta penting untuk proses pembelajaran. DHA menberi manafaat untuk pertumbuhan retina mata bagi penglihatan yang lebih baik.

Prebiotik
Prebiotik  merupakan serat larut pemakanan yang diserap usus untuk sistem pencernaan. Inulin merupakan Prebiotik yang bertindak merangsang bakteria baik.

Probiotik
Merupakan bakteria baik yang membantu penghasilan keseimbangan dan sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Membantu meredakan cirit-birit, menguatkan sistem imuniti, membantu penghasilan vitamin dan memudahkan penyerapan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan Fosforus dalam badan.

Nukleotida
Terkandung di dalam susu ibu. Nukleotida memberi manafaat kepada pertumbuhan dan modulasi sistem imuniti.

Zink
Merupakan vitamin yang amat diperlukan di dalam aktiviti metabolisme. Zink berperanan di dalam sistem imunisasi dan tumbesaran selain berperanan di dalam penjagaan kulit, eksema (gangguan keradangan), penyembuhan jangkitan kronik, mengawal tahap stress, antioksidan, mengatasi kelesuan dan lain-lain.


Kalsium
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, mencegah pereputan tulang (osteoporosis), membantu pengecutan otot jantung, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.